Trollface / Problem? / Coolface  - Rage Face Comics

Monday, May 11, 2015

PLKN : Geng Surau

Assalamualaikum.

Ketemu lagi ya kita semua. udoh udoh ler duk meratapi nasib tak dapat upu. memanglah melibatkan masa depan, tapi fikir balik kat mana silapnya? ada hikmah disebalik tu semua. yang mana apply politeknik konvesional atau yang seangkatan dengannya, tunggu le 18 mei ni nanti. semoga berjaya lah eh? rajinkan diri buat solat sunat dhuha mohon diperluaskan rezeki.

okay. straight to the point, aku nak sambung cerita pasal kat plkn. kali ni pasal geng surau lak, comel tau namanya. geng surau. entah kenapa ntah aku rasa geng surau tu satu panggilan yang sangat comel. hahahahaha. and aku salah sorang dari geng tersebut. buat muka blur ah tu tak faham? ingat comel?

secara ringkasnya, geng surau ni............................................................................. aku pun tak tahu nak cakap cane. dalam geng surau ni ada ustaz dan ustazah dalam kalangan pelatih iaitu kitorang yang dilantik oleh ustaz di kem tersebut. KAN! TAK CAYA KAN AKU JADI USTAZAH KAN! KELAKAR SANGAT! paling sedih bila aku gitahu member aku, dorang tak percaya kan aku................................ jahat sangat ke aku? hahaha taklah. sebab dari cara aku mejadi diri aku, tak membuatkan member aku untuk percayakan aku. its not their fault pun.

sepanjang menjadi sebahagian daripada geng surau tu, banyak gak perubahan dalam diri aku. menjadikan aku lebih baik dari dulu. kalau dulu aku panas baran......................eh tak tak. tipu je.  manade aku panas baran. paling aku ingat sampai sekarang, ustaz syafiq kasi pesanan kat ustazah ustazah. dia kata, jangan sesekali rasa rendah diri atau rasa tak layak jadi ustazah. sekurang-kurangnya bila kitorang dah tamat latihan, bila lakukan kesalahan, kitorang kena ingat yang kitorang ni bekas ustazah kat kem. jadikan tu sebagai cara untuk kitorang untuk cuba mengelakkan diri dari sering melakukan dosa, itulah apa yang ustaz syafiq pesan kat kitorang. ofkos lah bukan sebijk macam tu ayat ustaz. tu cuma ringkasan aku berdasarkan apa yg ustaz pesan. macam macam beb kitorang buat. dan makin lama, ukhuwah yang terjalin bertambah erat. tak kira apa status, semua layan sama je.


tolong abaikan muka aku, baru lepas nangis. ni hari terakhir kitorang dekat kem.
sebelum balik. yang tu Ustaz Syafiq, ustaz di kem kitorang.

ruangan solat untuk pelatih wira

kuliah maghrib @ kelas agama dari maghrib sampai isya'
 cuba cari mana aku?
pelik kan kenapa tirai diangkat? hahaha. biasanya, selepas solat maghrib, kitorang ada kelas@kuliah, jadi tirai perlu dibuka, time time gini ah wirawati paling kelam kabut. sebab biasanya, selagi tirai belum dibuka selepas solat maghrib, ada sesetengah tu bantai tidur..................macam aku. tidur . dalam keadaan duduk dan sangat kelakar. bila ustaz syafiq cakap je "wirawati boleh bukak tirai" dia punya kelam kabut tu macam tsunami datang melanda dan kami mengambil masa 5 minit sebelum tirai dibuka. apabila tirai dibuka sahaja,wirawati kelihatan sungguh tenang seperti tiada apa yang berlaku. nampak tak hebatnya wirawati. eh, aku pernah kantoi tau sebab tertidur sambil duduk time ustaz tengah bagi kuliah,

ustazah-ustazah dari kompeni Alpha, Bravo & Charlie. eh, Delta mana?
time ni aku takda sebab sibuk uruskan kompeni untuk cari idea persembahan malam penutup.

sebahagian daripada geng ustaz. ehh, pak ulu pun ada lah.

ustaz dalam kalangan wira.

ustazah dalam kalangan wirawati. aku pun takda dalam gambar sebab sibuk dengan kompeni buat sementara waktu.
hikz, rasa bersalah pulak. sorry.
minggu keempat aku dekat kem, kem kitorang dilanda bajir. Alhamdulillah, takda kemalangan yang meragut nyawa pun. pihak kem sedaya upaya memastikan kitorang dalam keadaan selamat. Alhamdulillah, semua terjaga. seminggu weh wirawati terperuk dalam dorm. memandangkan dorm delta 2 paling boleh nampak suau, aku pun pi usha surau time banjir. satu je yang aku rasa. sebak yang teramat bila tengok surau dimasuki air. serious aku sebak. rasa sebak tu tak dapat aku gambarkan. nangis lah jugak aku tengok. kental kental jiwa aku pun, senang rabak jugak tau.

keadaan surau yang dinaiki air. sedih yang teramat.

keadaan ruangan solat wira selepas banjir surut,

tempat laluan bagi wirawati mendapat malu bila turun lewat ke surau. tu lah surau. 
dari laluan dewan makan nak ke dorm dan surau. 
macam macam yang aku dapat bila aku menjadi sebahagian dari geng surau. paling sendu bila petang sebelum malam penutup, aku dengan geng surau berlatih nasyid. nasyid yang menyetuh bab ukhuwah. bila kitorang peluk antara satu sama lain. time tu, tunggu masa je air mata nak mengalir. betapa aku dapat rasakan kemesraan yang terbina dan betapa aku sayang mereka *lap air mata* bila kitorang kongsi makanan kat surau atas ihsan daripada ustazh dari kompeni bravo, haaaa, lagilah seronok sangat. kongsi ilmu sesama. paling aku rindu, kita baca doa rabitah sesama. pastu, jumaat terakhir di kem, semua wirawati muslim turun berkumpul reramai kat surau. untuk pengetahuan, setiap hari jumaat, waktu zohor, wira solat di masjid di luar kem. so, ruangan solat wira di surau menjadi ruangan solat untuk wirawati hehehe. tazkirah jumaat haritu tiada sebab nak buat sesi berkongsi pengalaman dan bermaafan buat kali terakhir. aku ingat lagi, hari jumaat terakhir tu, aku turun lewat ke surau sebab aku basuh baju and TERtidur. bila masuk je surau, terkejut aku kemain ramai wirawati muslim duk pakat buat bulatan besar. aku jejak je kaki, semua duk seru nama aku. malu gila, dahlah zohor aku belum buat lagi. pastu terus aku lari ke ruangan wirawati nak solat. terkojot den. tak pernah ramai pun sebelum ni, tetiba ramai pulak haritu. Alhamdulillah. lepastu, semua ketua kompeni diminta beri ucapan. semua nak sendu. aku paling sendu ofkos. bila nampak je wira dah habis solat jumaat, kelam kabut semua bermaaf-maafan. berjuraian ayaq mata. 

betapa aku rindu tiap waktu dan ketika, takda satu pun terlerai dari ingatan. aku simpan kemas dan rapi. Syukran aku ucapkan kepada ustazah dari semua kompeni. sorrylah terpaksa berkawan dengan ustazah cam aku ni, gelak manjang. terima kasih jugak dekat Ustaz Syafiq yang terlalu banyak membimbing kami untuk menjadikan kami lebih baik. terima kasih kerana telah mempercayai kami dengan melantik kami sebagai ustazah. satu tugasan yang agak berat. terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan, terima kasih jugak di atas segala peingatan dan nasihat ustaz buat kami. hanya Allah sahaja dapat membalas. Semoga Allah sentiasa melindungi Ustaz sekeluarga.

dan kepada geng surau, terima kasih sangat di atas ukhuwah yang terjalin. siapa sangka, kita dapat menjalinkan persahabatan. terima kasih di atas tunjuk ajar dan teguran. semoga ikatan ini akan terus kekal terjalan hingga ke Jannah-Nya. insha'Allah. semoga kalian berada dibawah lindungan-Nya dan meraih kejayaan dunia dan akhirat. Allahumma ameen. aku minta maaf di atas segala kesilapan aku terhadap korang. mohon dimaafkan.

salam sayang,
bekas pelatih plkn, indera pahlawan, maran, pahang.

sebarang komen, cacian, soalan sila ke Ask.fm/AkmarAzua :)

bersambung......


Friday, April 3, 2015

PLKN : Lepu

Assalamualaikum.


Aku rasa blog aku ni dah macam drama indon kau tahu. Bersambung bersambung tah sampai bila. Itulah pasalnya bila kena post ceghita gini. Hangpa semua pun naik bosan kan sebab aku rasa ceghita aku makin lama makin lepu. Sampai kau pun rasa aku lepu. Kau pun lepu gak sebab baca blog aku HAHAHAHA LEPU #HidupLepu

Fiqah, kawan pertama aku kat sana. Kira dia cukup berani ah nak tegur aku. Well, aku sebelum masuk plkn kan mantan kak yong kawasan. Nasib baik dia ni lawo tak sampai hati nak buli(sedangkan aku sendiri selalu kena buli kahkahkah). Serious aku ganas. Tak caya ke? Jap eh.
Haaaa kau nampak muka aku? Mantan kak yong kateko.
Orang depan tu rasa nak cepuk je HAHAHAHAHA dia pun terkejut sebab kak yong kawasan belakang dia
Tulah tak caya aku ganas. Siapa berani meh sini. Tak puas hati kita jumpa kat restoran. Kita makan. Settle. Nak kenal ke fiqah? Alah susah ah kawan dengan budak hot. Jap aku kenalkan...weh gambar fiqah takleh download HAHAHAHAHAHAHA sorry wak. Awak cantik sangat kut hahaha. Dia ni kira penjaga aku kat kem hahaha. Sebelum aku nak nangis, aku cari dia dulu pastu baru nangis. Wahhhhh nadew nadew raja ni cam nak kena pijak. Sedikit sebanyak dia banyak gak pengaruh aku dari segi pergaulan and personaliti. Dari kak yong kawasan menjadi... ah takpelah takyah tahu. Dia dahlah berawak saya tau memula. Pastu aku terpikir gak, dah lama dah ni kawan, bila nak tukar beraku kau pulak? Rupanya itu memang cara dia weh. Nasib baik aku tanya hahaha. Hehehe maceh awak. Nak ucapan sepcial tunggu birthday eh.

Weh aku kena gak ke kenalkan sengsorang? Semua request nak nama dia dalam blog aku weh. Guane ni? Nak tumpang femes lettew. Kat Delta, kitorang ada pakar kain batik. Dia ni acah acah gadis melayu sejati beb. Selalu pakai kain batik. Dia ni kira pro. Kalau ada persembahan melibatkan kain batik, semua serbu dia. Zue namanya. Aku pulak kalau pakai kain batik sebelah panjang sebelah pendek. Kejadah diaaa. Kain batik yang aku bawak tu pun aku buat alas katil weh
Aku tak faham kenapa dorang kena letak bakul dobi kat situ

Sebab aku memula tak selesa dengan cadar kat kem tu. Cehh aku ni. Katil sebelah aku tu katil Loshini. Dia baik gila namatey kedebuk kedebak. Serious weh tak tipu. Caring gila pasal aku. Selalu tanya aku dah makan ke belum, okay ke tak. Hahahaha. Pastu parents dia setiap minggu datang bawak stok makanan padahal duduk kat Sunway weh. Rajin gila. Aku kalau nak tukar maggi, tukar dengan dia ah. Hehehehe. Paling bising sekali Eswary. Ya Tuhan, ada je dia nak cakap. Tak faham aku. Tak penat ke dia tu rasa cam nak stapler stapler je mulut dia. Tapi kalau dia tak bising siapa lagi nak bising kan........? Of course ah kitorang yang bising! Shanti ni pun friendly. Dia ni kurus gila. KURUS okay. Tapi baik. Sedih lah sebab dia balik awal sebab sakit. Dia balik tiga minggu terakhir. Lepastu dah takda dah nak wish "goodnight delta". Tapi, pavithra lah paling aku rasa selamba. Dia punya selamba tu sampai tahap menyanyi bila diri disayangi kat tengah dewan makan, tengah jalan tengah tengah alam ah senang cerita. And dia ni comel and manja hahahaha. Kelakau gak dia ni.

Chinese yang aku rasa paling gangster kan shi menq. Memula aku tak berani nak tegur dia weh(nama je kak yong tapi penakut kahkahkah). Sebab muka dia sebijik macam sorang budak chinese kat sekolah aku yang gengster tu. Tapi tak pun sebenarnya. Dia baik gilaaaa. Tapi bila kena marah dengan Hanis, dia akan buat muka hahahahahahaha.
Pastu dia selalu datang dekat dekat aku dengan kawan dia. Ingat ni nak gaduh ke pe, rupanya nak ukur ketinggian. Kuangjo gila tahulah tinggi. Nasib baik you lawa meh hahaha. Waiyee paling aku tak faham. Sebab dia selalu usha orang lelama. Salah sorangnya aku. Pastu dia gelak sengsorang. Bahaya gak dia ni hahahahahahaha. Pui Shan ni pulak kuat membebel. Pastu dia akan cakap dekat aku "saya sangat marah ini hali" aku pun ya kan aja. Aku selalu berebut bilik mandi dengan dia ni. Stress betul hahaha. Lepastu tak habis habis dengan dia punya crush. Ish. Ah Chong paling mysterious. Sebab dia ni jarang cakap. Nasib baik comel. Hahahahaha pastu dia pernah pakai tudung. WEH LAWA GILA NAMATEY OKAY I INSEKIYO. Pastu dahlah selalu pakai baju hanis sebab sama saiz badan. Tapi kalau cakap pasal wira, hilang dah dia punya kemysterian. Tapi aku bersyukur sebab chinese delta ni friendly namatey and senang bagi kerjasama. Weng Kei paling pantang ada waktu free. Kerja dia tidur. Orang pung pang pung pang kemas sampai tunggang terbalik, dia boleh je tidur. Lantak ah bising cemana sekalipun. Yang penting dia tidur. Teruk betul hahahahaha. Suki paling rajin kira baju dobi. The best ketua dobi. Selalu warn siapa tak tulis nombor badan, or tak lipat baju(lipat baju tu aku yg suruh hahaha), or tak sign kertas dobi takleh hantar dobi. Banyak banyak dorm aku rasa dorm aku je hantar baju kotor dalam keadaan berlipat. Itu pun sebab waktu memula aku handle dobu, aku suruh diorang lipat. Kita dapat baju dalam keadaan yang bersih dan berlipat, cenggitu gak lah kita kena hantar kat abang dobi tu. Hahahaha selalu dapat pujian dari abang dobi tu. Woot woot bangga. And suki ambil alih tugas aku dan mengekalkan tradisi tersebut. Curlaz kau jah.

Anis si panjang. Lagi sekali aku tak faham. Pehal aku perasan kan, budak delta wirawati semua banyak yang tinggi tinggi. Aku tengok kompeni lain cam average je ketinggian memasing. Tapi sampai kat delta, semua nak tinggi. Ternyata aku salah kompeni sebab aku pendek hahahahaha. Dahlah tinggi pastu kurus macam shanti. Eleh acah model lettew. Aku ingat lagi masa kita semua tengah sibuk tengok baju memasing untuk malam penutup, aku pun pakai dress ika. Wahahahaha dah macam penyapu aku buat dress tu. Dia dahlah tinggi. Aku yang pendek ni pakai buat sapu lantai je. Lepas aku pakai dress ika, aku pakai high heels lydia. Tinggi weh heels dia. Pastu aku jalan keliling dorm acah model. Siut ah semua bantai gelakkan aku. Terkengkang kengkang aku jalan. Pastu aku tobat dah. Seksa memakai. Cene lydia boleh pakai. Tak faham aku. Kaki iron man dia ni. Mirah and shida ni satu kepala. Selalu je buat lawak. Penat gak aku gelak. Ehh macam pantun kan? Tapi Farahin, Jashidah dengan Iza jenis kepala masuk air. Kewl gila okay. Diorang jugak telah menciptakan satu kaedah kawan yang baru. Tak mampu aku nak eksplen cene kawad tu. Tapi di sebabkan farahin and jashidah lah, kitorang menang cha cha time riadah. Waktu tu wirawati charlie and delta je kat dewan makan. So kitorang lawan. And kitorang menang. Wakakaka. Pastu memasing lawan slogan. Eleh. Poyo. Hahahahaha. Aku selalu lawan dengan HanisxZue. Tengok relationship siapa paling sweet. RajFiq ke HanisxZue. Semua jealous aku dengan fiqah. Tak faham aku. Ini semua dunia semata mata.
HaniSxZue
                                          VS
RajFiq
Dah. Aku tahu kitorang comel. HAHAHAHAHA. Izalea and Nabila pun merupakan kawan rapat aku. Untung tau siapa jadi kawan aku HAHAHAHAHA KORANG DAH BOLEH MUNTAH SEKARANG HAHAHAHA. Nabila ni susah nak tahu dia ni marah ke, okay ke idok sebab muka dia dopuloh pat jam masam. Tapi bila senyum, comel! Kuat bebel namatey kau tahu tak. Pantang ada je tak kena, dari siang sampai ke malam bebel non stop. Kau pun nak kena stapler gak ke mulut tu? Izalea member masuk air aku. Cakap bahasa alien dengan dia sebab dia sorang je faham. Dia orang pertama aku bagitahu aku suka siapa HAHAHAHAHA. Dia lah suruh letak nama bebukan kat ex crush aku. Hanger lah baju lah. Putih lah.
Izalea yang pakai baju macam kuda belang tu.
Tipu je. Baju celoreng tu.
Siut ah gambar nabilah takleh masuk. Dia tengah senyum kut tu pasal takleh masuk hahahahaa.


Sengetkan kepala anda

Add caption

Majlis Tamat Latihan
Aku & Fasha SMK Seksyen 3
Fiqah & Lydia SMK Seksyen 1
#HidupBandarKinrara
#HidupBK


Sebab semua comel comel grr
 


Nabilah boleh senyum rupanya haha

Sukati fiqah je letak tangan dia kat situ huaaaa
Dahlah. Cuci mata je tahu korang ni. Istighfar balik hahahaha. Hingus aku dah meleleh dah ni. Kepala dah miung. Tulah sedikit sebanyak life aku dengan dorang. Dah puas tak nama korang kena seru dalam blog aku? Nanti kita semua femes huahuahua. Thank you deltarians atas segala memories gitewww. Korang sentiasa dalam ingatan. Huhuhu muah ciked.

Bersambung..... (Aku tahu korang dah fedap. Lek lek semua tinggal pasal geng surau and bahagian denda)





Wednesday, April 1, 2015

PLKN : secebis kenangan

Assalamualaikum.

Sorry sebab siapa yg dah baca. Ada masalah sikit. Ada yg hilang tetiba cam kena culik. Ayat hilang tetiba. Masalah betul lah. And sorry sebab tak sambung and banyak typo. Hahahahaha malas weh. Tapi aku gagahkan diri demi yang sudi baca. Hehehe maceh.

Okay. Aku nak kasi faham. Setiap kompeni akan dibahagikan kepada dua dorm. Dorm 1 & Dorm 2. Aku dorm 1. Weewittt. Member aku kat dorm 1 semua tahu aku paling anti, paling benci, paling segala paling ah dengan pengumuman "PERHATIAN KEPADA KETUA KETUA KOMPENI, SILA NAIK KE PEJABAT SEKARANG ULANG SUARA BLA BLA BLA".  Stress betul. Pernah sekali tu, habis je roll call malam, aku dah siap pakai baji tidur dah siap landing atas katil ondewei nak masuk mimpi, pengumuman sebegitu dilakukan. Ya Tuhan. Tak memasal aku kena bangun, salin baju balik, naiklah ke pejabat tongah malam. Bukan sekali, 2 3 kali gak ah. Itu semua disebabkan bila SORANG JE yang salah lapor. Semua kena bantai naik. Sejak peristiwa tu (ayat cam sendu sangat), bebudak dorm aku pantang nampak aku landing, mesti diorang acah acah buat pengumuman. Mirah dengan Anis panjang ah paling suka. Takpe I redha okay. Lepastu kan, wahai wirawati delta dorm 1, hangpa semua ingat dok yg hari jumaat, semua sibuk cuci baju, kemas sana sini, pastu tidur KEJAP. Nak rest kejap katanya. Pastu baru turun surau. Ceh kengkonon pesan kat siapa yg ada jam loceng, suruh set jam, nanti nak bangun senang. Siap pesan siapa yang tak tidur, kejut kitorang. 1.20 kena kejut kitorang yang tidur ni. Non muslim pun kitorang pesan. Tapi kan........... SATU DORM BANTAI TIDUR SAMPAI PUKUL 2.00 PM. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Ya Tuhan. Teruk betul  perangai. Itu pun kitorang tersedar, sebab ada budak dorm 2 datang kejut aku kata ustaz panggil semua wirawati muslim turun surau. Aku punya gelabah, kejut semua orang bangun.
Haaa pastu semua gelabah. Semua bantai solat kat dorm sebab takut nak solat kat surau hahahahahaha. Pastu semua turun serentak. Yelah. Takut punya pasal kan. Sampai surau semua cam tunduk je. RASA BERSALAH GILA NAMATEY. Rupa rupanya, ustaz cuma nak tegur pasal benda lain je weh. Kitorang punya lega phewwww. Ceh, lepastu masa buat aktivit pe semua, dorm 1 buat mesyuarat tingkap. Duk memkior macam mana semua orang boleh tidur serentak and terlajak bangun pulak tu. Memasing kata kitorang cam kena pukau. HAHAHAHAHA PUKAU MENDE WEH. Tapi serious aku cakap, sebelum tidur, dorm kitorang bising gila. Cam kat pasar malam. Serious bising sampai kena tegur dengan dorm lain. Tapi, tak sampai beberapa minit semua cam kena sampuk tidur serentak. Senyap je dorm kitorang. Hanya bunyi kipas.Adumak. Nasib tak kantoi. Hahahaha.

Itu cerita pasal solat. Lepastu memasing taubat. Sebab time tu budak ganu tak masuk lagi. Budak ganu masuk je, Alhamdulillah lah semua senang nak bangun. Turun surau pun awal. Aura kebaikan kateko. Hahahaha. Time banjir palinglah aku tak suka sebenarnya. Sebab terperap kat dorm seminggu tanpa melakukan sebarang aktiviti. Wira untunglah. Walaupun banjir, diorang ada gak tempat nak buat aktiviti. Yang wirawati? Makan tidur makan tidur makan tidur je. Semua tension je dengar  wira bergumbira senang hati. Mestilah kitorang solat. Sebab sebelum banjir, kitorang dah buat persediaan. Cari arah kiblat dalam dorm semua. Haaaa yang ni sweet. Semua solat jemaah. Subuh, zohor, asar, maghrib dan isya'. Alhamdulillah. Paling kesian, time subuh sebab diorang tunggu aku bangun nak solat jemaah. Alhamdulillah, ada gak belajar jadi imam. Aku bangga dengan korang. Paling best lagi, bila dorm 1 and dorm 2 solat jemaah sekali. Kita buat solat solat sunat, pastu solat maghrib and isya'. Best. Pastu non muslim tengok je hahahahaha. Nak hilangkan bosan, kita semua pi bantai jogging sekeliling dorm. Tawaf lah dorm tu berapa pusingan. Mula dari situ lah ada yang belajar cara eksesais aku yang aku guna utk training hockey, pastu belajar dari farahin apa tah nama eksesais tu, pastu belajar menari 1M4U version fiqah, and the best part, time dapat phone kita semua duk bantai menari macam macam jenis tarian. Dari tradisional sampailah ke hip hop. Nak hilangkan bosan punya pasal. Pastu, duk lepak atas katil ika, ike, farahin dengan baal. Sebab diorang gabungkan katil diorang untuk buat kawasan solat. Pastu semua main tocang tocang rambut acah acah katniss everdeen kau. Curlaz kau jah. Paling konghajo jashi. Bila aku tocang rambut, dia main hujung rambut aku kata ikan keli. Konghajo gila okay hahahahahaha. Rasa nak pijak je tau.
Pastu, paling awal tidur, aku hahahahahaha. Dorm 1, ingat tak kita bantai main lompat tikus and macam macam lagi lepas solat. Main time malam hahahaha pastu kena marah dengan dorm charlie sebab bising. Ya Allah weh sumpah kelakar. Memasing main diam diam je lepastu. Well kita dengan budak charlie memang tak pernah sebulu kan. Time nak tidur, mesti gaduh dengan charlie dulu dekat tingkap. Anis ah selalu suruh diorang diam. Guna nama weng kei. Paling buat gaduh, bila malam new year. Punyalah memasing bantai memekak. Bila dengar je wira nyanyi lagu kompeni, delta dorm dua pulak ikut. Tengah tengah malam mau memekak pebenda. Tapi takpelah sebab diorang nyanyi kat dorm sendiri. Yang paling guwa menyirap, budak chinese charlie datang kat DORM AKU PASTU NYANYI LAGI LAGU KOMPENI DIORANG. PE JADAH DIA. memula aku keluar dulu, halau. Aku pantang orang kacau tidur aku. Pastu aku masuk dorm balik sebab ingatkan depa dah blah. RUPANYA TAK. DIORANG SAMBUNG NYANYI.HAHAHAHAHAHAHA :') aku punya menyirap aku gitahu cikgu tapi cikgu tak keluar :') pastu aku cakap lantak deme le korang dahlah memekak kat dorm aku, depan bilik cikgu, so kalau cikgu tak tahan korang kena lah satgi. Pastu,si group hindustan boleh pulak bantai nyanyi lagu PLKN weh. Semangat gila namatey. Tak faham aku. Time cikgu suruh, engkorang senyap je. Eyyy aku tey kang. Gamaknya hanis tak tahan dah, aku masuk balik dorm dia nak keluar dengan muka mamai sebab bengang. Gila weh siapa je tak bengang. Pastu aku tahan Hanis tak kasi keluar. Yelah kang tak pasal pasal ada kes gaduh pada malam new year. Eyyy. Pastu dia marah aku sebab tahan dia hahahahaha. Nasib baik sebelum Hanis keluar, Cikgu Nabilah keluar dulu. Haaaa semua kena dengan cikgu nabilah. Lepastu baru aku dapat tidur dengan aman. Hahahahaha.

Selain daripada tu, yg chinese semua pantang masuk dorm cerita pasal wira. Especially weng kei, ah chong dengan wai yee. Semua cerita pasal wira je. Yang kitorang ni layankan je. Aku pernah tanya kenapa semua minat wira melayu je. Kenapa tak minat wira chinese. Diorang kata tak hensem wira chinese weh HAHAHAHAHAHAH. Diorang kata melayu jugak hensem. Banyak comel. Hahaha. Sampai diorang  kata diorang sanggup tunggu depan surau sebab nak jumpa diorang. Teruk betul hahahahaha. Pui Shan pun sama boleh tahan dia punya gatal. Kar Yan je diam hahahahahaha. Tapi chinese delta semua minat orang yang sama. Siap bergaduh siapa suka dulu. Hahahaha rindunyaaaa. Ingat tak PS kita nak pillow fight? Haaaaa sampai sekarang tak buat huhuhuhuhu. Paling kuat makan adalah Yugi dengan Lim. Time kat dewan makan, diorang boleh tambah weh. Nasi diorang amek sepenuh penuhnya aku yang takut nengoknya wehhh. Fiqah yang kuat makan pun terkejut. Shi menq, jun yan, hang li po selalu diri dekat dekat dengan aku. Dahlah semua tinggi aku pendek. Sedih tau tak huhuhuhu.

Bersambung....

Friday, March 27, 2015

PLKN : Ajari aku

Assalamualaikum.

Sorry. Sepatutnya semalam aku sambung. Tapi tak boleh. Sebab terikat dengan janji terhadap diri aku untuk habiskan 2 buah novel. Pastu ingatkan nak sambung story kat sini malam tadi tapi takleh gak. Sebab lepas baca novel tersebut, aku alami satu rasa yang agak ekstrem bagi aku. Rasa kekosongan. Terlalu kuat rasa tu and aku tak tahan lalu aku memilih untuk tidur awal and lari dari rasa tu. Wahhhh. Sendu sangat ayat aku kan. Tapi, hakikatnya itu yang aku rasa.

Okay. Kita takyah sok seh sok seh sangat pasal semalam, kita sambung menyelami kisah aku di PLKN yang haru biru hitam pink oren hijau kelabu dan segala warna yang kau nak. Den tak kisah.

Sepanjang aku jadi ketua kompeni, banyak gak ah benda aku kena hadap. Nak taknak aku kena hadap gak. So, siapa yang banyak ajar aku untuk menjadi ketua yang terbaik buat kompeni aku? Selain daripada jurulatih yang banyak memberi tunjuk ajar kepada aku, ada lagi satu kelompok yang banyak berjasa kepada aku. Siapa kelompok tersebut?

WIRAWATI DELTA.

Ya. Mereka. Jap, asal ayat aku cam formal eh? Kita abaikan reramai ya. Kalau nak tahu, diorang sebenarnya banyak ajar aku. Dalam pelbagai perkara termasuklah cara nak buat milo leper atau cekelat milo atau yang segerombolan dengannya (aku tak tahu apa namanya sebenarnyaaaa hahahahaha so abaikan je eh).

First, diorang ajar aku cene nak handle pe'el memasing. Ni mencabar sikit sebab aku bukan seorang yang penyabar. Wakakakaka. Diorang ni memacam jenis perangai. Ada yang gila gila, ada yang selamba, ada yang pendiam tapi ganas, ada yang cepat tacing(akulah tu), ada yang sensitive gila namatey(aku gak tu), ada yang kelakor, ada yang jenis tak reti nak serious, ada yang jenis acah acah gengster, ada yang baik namatey, ada yang dopuloh pat jam muka masam ketat mencuka rasa nak tampor, and macam macam lagi kerenah. And dari kerenah diorang, aku mula belajar untuk handle sorang demi sorang. Walaupun sakit hati, tapi kejap je rasa sakit tu bila memasing duduk semeja bersembang bergelak ketawa tak ingat dunia.

Kedua. Haaa elok benau memula first, then kedua. Cuba hangpa semua try mengira guna bahasa manglish. Eeee. Cam kelako but at the same time cam nak sepak je pun ada gak en. Balik kepada tujuan asal, diorang ajar aku untuk respek memasing. Yang ni satu benda yang paling penting andai satu hari nanti kau dilantik menjadi ketua. Sebab aku ada satu masalah dari segi ego. Ego aku tinggi melangit sampai lupa sebenarnya aku berpijak pada tanah. Jadi, mereka telah berjaya merendahkan ego aku sikit demi sikit untuk kebaikan bersama dan saling respek merespek antara satu sama lain. dan kepada calon spm,  jangan  tiru ayat aku kalau taknak fail exam BM. Sekian. Tapi, kalau kau nak fail, sila guna dan jangan gunakan alasan kejayaan bermula dari sebuah kegagalan. Tu nak kena pijak namanya. Berbalik semula ke tujuan asal, ada satu kejadian yang berlaku di Dorm 2.  Sorang demi sorang datang mengadu kat aku masalahnya. And had sabar aku dah sampai klimaks. So, time lunch tak silap aku, aku gi meja makan dorm 2, duduk makan sekali sambil menyorok(sebab cikgu marah kalau aku tak duduk tempat makan yang dikhaskan untuk pemegang pangkat and aku dah banyak kali kena marah HAHAHAHA), and aku dengar luahan hati mereka. Yelah. Tak aci ah kalau dengar satu pihak je ye dok? Baru lah fair and lovely giteww. So, diorang sok seh sok seh, and tetiba ada hamba Allah ni buat aku tersedar. Dia cakap kat aku ceni "CAMNILAH RAJA. KAU CAKAP KAT EHEM, SEBAGAI KETUA, KALAU NAK ANAK BUAH RESPEK DIA, DIA MESTI RESPEK DULU KITORANG. KAU PUN SAMA RAJA. KITA RESPEK ORANG, ORANG RESPEK KITA. KALAU KAU NAK KITORANG RESPEK KAU, KAU PUN KENA RESPEK KITORANG". Bang! Dia cakap, aku tersentap. Yes. Aku setuju apa yang dia cakap. Kita nak orang hormat kita, tapi kita tanya diri kita balik, adakah kita hormat orang sekeliling kita? Tepuk dada tanya iman.

Third, diorang ajar aku untuk terima. Bukan terima cinta diorang yang tak kesampaian atau terima kasih, tapi untuk terima teguran. Sebab aku ni jenis yang sangat sukar untuk terima teguran. SANGAT SUKAR. Memula aku takleh terima bila orang tegur salah aku, tapi lelama, aku mula belajar untuk terima sebab tu semua untuk kebaikan aku gak. Ehehe. Korang jangan salah faham tau bila korang tegur aku punya salah aku buat muka. Sebab sebenarnya, aku terima teguran korang tu. Aku jadikan sebagai rujukan aku. Aku buat muka tu sebab saja cam nak tunjuk aku tak suka. Sebab hmmm ego aku kan tinggi hehehehe. So aku terima dengan hati yang terbuka dan selapang dada.

Empat, diorang ajar aku untuk hargai. Maknanya, diorang membuatkan aku untuk menghargai segala detik yang berlalu bersama dengan kompeni aku sendiri. Maknanya, bila aku lepak dengan diorang, buatkan aku lebih menyayangi diorang dengan sepenuhnya tanpa mengira beza aku dan mereka. Aku hargai setiap tangis dan gelak ketawa kita. Tu paling penting dalam mendidik aku untuk menjadi ketua diorang.

Lastly, diorang ajar aku untuk menjadi pemimpin. Aku banyak sangat belajar dari diorang. Diorang ajar aku cukup dari sikap diorang, dari personaliti diorang. Diorang ajar aku macam mana nak pimpin kompeni aku untuk jadi yang terbaik bukan antara kompeni, tapi cukup sekadar di hati sendiri dan kepuasan diri. Sama sama menyambut andai ada yang terjatuh, sama sama bersorak andai ada yang gembira. Beza agama, bangsa dan jantina bukan alasannya. Yang penting sama rasa kasih dan rasa cinta. Diorang yang banyak didik aku. Terlalu banyak. Kalau tak, aku awal awal dah mengaku kalah. Diorang sokong aku tika aku jatuh. Diorang bersorak tika aku gembira. Diorang bagi kerjasama yang tiada batasannya. Dan aku sangat berbangga mempunyai mereka. SANGAT BANGGA.

Malah, bukan sahaja wirawati Delta. Tetapi keseluruhan Kompeni Delta. Wira dan wirawati. Terlalu banyak yang diorang lakukakan tanpa sedari yang banyak bimbing aku. Tanpa mereka, siapalah. Wahhh. Cliche sangat ayat. Aku dah faham rasa membuak buak korang nak hentak aku hahahahahahahahaha.

Aku rasa bersalah sangat sangat sebab tak sempat mohon maaf atas segala kesalahan aku kat kem. Especially, wirawati Delta. Jadi, biar pembaca blog aku ni jadi saksi okay.

Aku Raja Lailatul, bernombor badan 2412, mantan ketua kompeni wirawati Delta, ingin memohon maaf atas segala kesalahan aku kat korang selama ni. Aku minta maaf sebab aku marah marah korang. Mengamuk dengan korang. Tegur korang. Sakitkan hati korang. Aku tahu aku gagal jalankan tugas aku sebagai ketua dengan baik. Maafkan aku sebab kurang bagi perhatian kat korang. Aku tahu, aku bukan ketua yang terbaik buat korang. Aku tahu aku selalu serious. Ye ke? Aku minta maaf sebab aku terlalu nak korang sempurna. Aku minta maaf sebab aku buat korang sedih dengan aku. Aku minta maaf sebab gagal untuk jadikan kompeni kita, kompeni terbaik keseluruhan. Maafkan aku atas segala perangai aku. Aku dah cuba yang terbaik dan beri yang terbaik. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku, terima kasib sebab sudi terima baik buruk aku. Terima kasih sebab sudi terima kekurangan aku dan percayakan aku. Terima kasih atas segala kenangan dan tunjuk ajar yang korang beri tanpa korang sedari. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih. 
Jadi, kepada pembaca sekalian, kalau nak kenal siapa ahli kompeni delta yang ohsem namatey, sila cari hashtag #DELTAIP2015 / #deltaip2015 hehehe sama je kan.

Wira dan wirawati kompeni delta. Aku takda sebab aku yang tangkapkan gambar

Malam Penutupan di Kem. Aku pun takda sebab sipi sipi je aku masuk huhuhuhu


Fuhh. Syahdu habis ayat aku *lap air mata*. Terima kasih kepada kompeni Delta sebab mengizinkan dan memberi ruang kepada aku untuk menjalankan tugas. Terima kasih atas segala memori dan tunjuk ajar yang korang beri tanpa korang sedari. Seikhlas kasih, setulus hati, serendah ego diri, aku memohon kemaafan. Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari aku sendiri.

Bersambung.....

Wednesday, March 25, 2015

PLKN : Balak berbalak balak.

Assalamualaikum.

Ceghita sebelum ni, pasal jadual harian. Ceghita kali ni pasal berbalak balak atau panggilan cekcinya adalah pemegang pangkat. Kat kem aku, ada Pak Lu (Penghulu), Mak Lu (Penghuluwati), Ketua Kompeni Wira & Wirawati, Pen.Ketua Kompeni W & WW, Ketua Dorm 1&2 W & WW, Ketua Dobi 1&2 W & WW.
Mira(spek) Pe.K.Kompeni Bravo.
Fatin(peace) K.Kompeni Bravo.
Hanis(1 line hijau) Pen.K.Kompeni Delta.
Athirah(Dua line merah) K.Kompeni Alpha.
Mangesh (the only guy dalam gambar) Pen.K.Kompeni Bravo Wira.

Sebelum majlis Penyerahan Pangkat.
K.Kompeni & Pen.K.Kompeni & Pak Lu Mak Lu

Pak Lu Mak Lu & K.Kompeni Delta Wira & Wirawati

Nur Hanis bt Abdul Mutalib.
Pen.K.Kompeni Delta Wirawati.
Partner kerja guwa yang paling hebat meletup boom boom kebaboom!

Pak Lu Mak Lu, K.Kompeni, Pen.K.Kompeni
Dan Jurulatih under Disiplin.

Pak Lu Mak Lu, K.Kompeni Delta W & WW,
& K.Kompeni Alpha W & WW.
Cuci mata dulu. Tu antara gambar aku dengan pemegang pangkat. Banyak lagi, tapi takat ni tu je.

Kenapa Pak Lu Mak Lu?
Okay. Pak Lu adalah Penghulu atau nak kasi faham, dia adalah ketua bagi keseluruhan pelatih wira dan juga wirawati. Penghulu mestilah wira kan. Jurulatih dan pelatih panggil beliau pak ulu. Aku rasa panggilan tu tak sempoi so aku panggil dia Pak Lu (kecuali time melapor). Mak Lu pulak adalah Penghuluwati dan function dia sama cam Pak Lu. Kira dia ni cam penolong Pak Lu lah. Ekau kena ingat ni ha. Setiap kejayaan seseorang cowok adalah kerana berdirinya seorang cewek. Maka, hargai sokongan cewek untuk cowok ya temen temen. Mereka panggil beliau Mak Ulu dan bagi aku untuk menyedapkan panggilan aku panggil beliau Mak Lu. Nak Mak Ulu aku, Nor Amirah. Aku respek gila namatey kat depa berdua. Dorang jalankan tanggungjawab dorang dengan sempurna. Tak mengeluh and boleh terima segala benda ujian. Perghh. Respek habis beb. Ko hengat tanggungjawab depa berdua tu kecik cenonet je ke? Pigidahhh and paling ohsem mereka berdua merupakan dari satu kompeni yang sama iaitu kompeni Charlie. Eh kebetulan pulak ya? Hmmm aaaaa hmmmmmm so cuwit.

Ketua Kompeni.
Tugas ketua kompeni kurang sikit dari Pak Lu Mak Lu. Sebab tu kitorang dua balak sahaja. Macam Pak Lu 4 balak hokayzzz. Mak Lu pulak 3 balak. Balak tu maknanya line yang terdapat kat pangkat yang kitorang pakai kat bahu tu. Ketua kompeni ni kena handle kompeni memasing. Setiap kompeni diasingkan Wira dan Wirawati kalau dalam perbarisan. So, ada ketua kompeni wira dan wirawati bagi tiap kompeni. Meh aku kenalkan cengcowang untuk tiap kompeni eh.
Alpha W -  Haziq. Waktu fes taim aku kenal dia ni, nampak cam kerek sikit. Tapi aku rasa dia friendly tapi kerek dan sombong. Tapi lelama bekerja dengan dia sebagai ketua kompeni, hek eleh. Mamat ni kewl pe. Okay je. Friendly and sempoi habis. Kira sekepala ah.
Alpha WW - Athirah. Dia ni payah sikit aku nak ngam ngam soi dengan dia. Sebab apa tau, semua ketua kompeni wirawati jenis stok stok ayu. Lemah lembut. Haaaaa. Awal awal lagi aku cakap dengan Hanis yang aku takleh masuk dengan dia ni. Padahal tak kenal rapat pun lagi. Teruknya aku ni. Bahaya. Hahahaha. Pastu aku usha dia jenis tak layang orang macam aku. And sombong namatey. Hmmm ciapelah titewww. Tapi lepas lelama dah kenal, wah kauu. Kelas kau jah. Terus ngam macam dah lama sangat kenal. Boleh sembang pasal semua benda. And dia garang okay. Takut titew.

Bravo W - Ah Chong a.k.a Syamim. Dia ni memula aku ingat dia chinese weh. Rupanya tak. HAHAHAHAHAHAHA. Aku nak bagi salam pun teragak agak wehhh. And aku dapat tahu dia tu islam and orang melayu. Wahhh. Berlipat kali ganda smackdown aku punya rasa malu. Rasa nak sepak sepak je muka ni. Dia ni pendiam je. Bila kumpul k.kompeni & pen.k.kompeni je, jarang nampak dia berbicara and sebenarnya jarang nampak dia kalau ada meeting hahahahahaha. One thing yg aku suka pasal dia ni, his smile. Menawan okay. Astaghfirullah...

Bravo WW - Fatin. Haaaaa mek sorang ni guwa memang kwcut perut and memang guwa anti masa memula kenal dia. Perghh  rasa nak sekeh je. Kerja dia asyik marah orang. Pastu sombong memula.pastu bila dah lama aku pwrhati and bekerja dengan dia ni, OKAY. Dia ni baik gila namatey. Dia suka cool down kan aku kalau aku bebel kat dia pasal masalah. Hahha. Pastu dia cakap dia suka tengok aku marah sebab comel katanya. HAHAHAHAHAHA. YA TUHAN. Korang dah boleh rasa nak pijak aku. Hahaha. Dialah ketua kompeni paling garang kat kem tu. Klon cikgu Nabilah. hahahahahaha.

Charlie W - Radhi Syazwan. Memula aku ingat nama dia Raja Syazwan sebab cara depa sebut tubcam Raja. Hahahaha. Dia ni kecik je. Badan sado beb. Hensem ah gak. Aku tengok dia ni jenis komited dengan kerja dia. Kira boleh diharap sebagai ketua and dia lead kompeni dia dengan bersungguh sungguh. Fuyoooo. Daebak ah. Jap, daebakbtu pebenda maksudnya? Aku bantai tulis je. Jarang nampak dia marah anak buah dia. Hahahahaha. Friendly okay.

Charlie WW - Hidayah a.k.a Yaya. Haaaa dia ni nampak cam sombong. Pastu bila dengar dia speaking, lagilah aku anggap dia ni sombong tak layan orang cam aku. Hahahaha  teruknya aku ni woi. Pastu bila persahabatan dah terjalin mesra haaa gitewww dia ni sebenarnya friendly sesangat okay. And bila dia speaking tu, ohsem namatey okay. Hahahahahaha. Dia ni comel and selalu teecenyum meswaaaaa. Awaa saia ta kuad. Dia cam Radhi, di jalankan tugas dia dengan semangat. Ehhh so sawit anda berdua ini.


Delta W - Nabihan. Ketua kompeni yang mementingkan kesempurnaan. Senang nak bekerja dengan mamat ni. WALAUPUN AKU ASYIK KENA MARAH DENGAN DIA. GELAK SIKIT HAHAHAHAHA. Gelak sikit je. Jangan melebih. Pijak kau kang. Dia ni memula aku konpius muka dia dengan Pak Lu sebab lebih kurang je. Pastu selalu komplen dekat aku pasal tu pasal ni. Fuhh. Tapi last last, dialah pelatih wira terbaik. Sekali lagi, daebak! Aku sebagai rakan kerja kau(acah acah hahaha) bangga dengan kau. Dia kalau buat kerja, memang okay. And sangat teliti and sangat sempurna and cara dia handle anak buah dia. Aku respek ah. Hehehe. Aku panggil dia Mr.Perfectionist. Mohon dia tak baca. Kira overall, selama kau handle Delta, pada aku takda masalah. Hahahaha.

Delta WW - Raja Lailatul Akmar Azua btbRaja Zariman bernombor badan 2412. So, kang aku describe diri aku, kau kata aku syok sendiri. Jadi, sekatang ni, apa pendapat korang pasal aku as a ketua kompeni wirawati Delta? Hehehehehe.

Penolong Ketua Kompeni.
Okay. Diorang ni cam PA ketua. Diorang ada satu balak. And kerja dorang sama je dengan ketua. Kena ganti ketua bila ketua tu rasa tension namatey(akulah tu), ganti ketua bila ketua penat namatey(akulah tu), ganti ketua bila ketua busy namatey(akulah tu gak), ganti ketua bila ketua bosan(akulah tu) & etc. Penolong kk sangat penting. Diorang kena sentiasa get ready. Meh aku kenalkan sengsorang.


Alpha W- Farhan a.k.a Paan. Dia ni boleh tahan gak dia punya diam. Walaupun dia banyak berdiam, diam diam pun pandai mengulam rasa cinta okay! Ahaks. So sawit uollz dengan Hanis. Weweeet! Dia selalu gak handle kompeni dia. Kira dia ni boleh dikatakan penyabor gak lah. Sebab Alpha je mesti selalu kena. Banyak kali ulang alik masuk baris nak kira strengh time melapor. Sian kau. Hahahaha. Tapi, kau baik. Wuuuu. Aku ingat kau stok stok kerek. Sebab kita satu bas fes day so aku nampak kau cam kerek namatey. Hahahaha. Jahat en aku. Papepun, kerja kau memang tip top.

Alpha WW- (tak ingat nama). Dia ni jarang lepak dengan kitorang. So, aku tak tahu nak eksplen dia ni cene orangnya. Apa yang aku tahu, dia ni halus jee badan, kecik je orangnya tapi dia punya garang, boleh berguguran cinta aku. Ewaahh.

Bravo W - Mangesh. Pemegang pangkat yang paling berkontroversi. Macam macam pe'el dia ni. Tapi friendly namatey. Semua orang dia tegur. Memula aku ingat dia melayu weh. Nasib baik aku tak pernah bagi salam kat dia. Kalau tak malunyaaaaaaaa.

Bravo WW - Mirah. Dia ni cam ganas sikit. Dia ni caring namatey. Baik gila okay. Dia pantang je kalau salah sorang dari kitorang ni sakit. Mesti dia risau. Hahahaha. And dia ni lah paling sempoi and selamba. Wuhuuuuu. Best bekerja dan kawan dengan dia ni hehehe. And satu aku respek dengan dia ni, dia tabah and dia kuat. Segala pengalaman and yang terjadi kat kehidupan dia, dia handle dengan okay. Tabah.
Wuuuuuu aku harap aku boleh jadi macam dia.

Charlie W - Faiz. Dia nilah paling yang aku cop dia sebagai mamat poyo and sombong. Sebab dia tak pernah tegur aku or aku pun tak pernah sembang dengan dia. HAHAHAHAHAHAHA. Kejamnya aku. Tapi sampailah satu hari tu, tengah kita semua melangut kat pentas sebab kena kasi yang lain makan dulu, tetiba dia tanya aku aku balik mana. Wahahahahaha. Pastu aku baru terfikir, eh takda lah sombong mana pun. Muka dia je sebenarnya. Dia okay je. Boleh dibawak bersembang. Takda hal setakat nak huhahuha dengan dia. Dia dengan dayat. Member dia. Aku selalu konpius. Ish ish ish. Dia pun ada ala ala ketua dia gak.

Charlie WW - Karmei/Karmen. Hahaha aku tak tahu namanya yang sebenar. Dia cam aku kalau melapor. Terkumat kaimt mulut bergerak nak kira strenght. Pastu selalu masuk balik nak kira balik strenght kompeni dia. And kitorang selalu membebel kat depan pasal anak buah. Hahahahahaha. Dia friendly and lawoooooooo.

Delta W - Pejai. Dia ni memula aku anti gila gila namatey sebab dia tak pernah serious. Pastu aku pulak kalau dengan wira ni memang senang je aku anti tak kira ah sesapa. Dia orang Pahang beb. Pekat gila bahasa dia. Memula aku ingat dia orang Perak sebab lenggok dia cam orang Perak. Hehehe sebab aku pun orang Perak gak. Tapi tak. Pahang orangnya. Lelama kena bekerja dengan dia, dia okay. Kalau dibagi kerja, dia serious. Apa yang aku nampak dia ni, dia walaupun buatbkerja bila disuruh, tapi dia komited and aku suka cara dia jalankan tugas. Well done brotha!

Delata WW - Hanis. DIA PARTNER AKU YANG PALING HEBAT GEMPAK BOOM BOOM KEBABOOM MELETUPS CURLAZ KO JAH. Dia faham cara aku bekerja very well. Dia faham bila aku penat, dia akan cakap "Takpe Raja. Aku tahu kau dah penat. Kau masuk je. Biar aku handle". Tapi ego aku kan tinggi. Mana boleh. Sebenarnya aku rasa terharus. Uhukz. Dia sanggup teman aku memalam pukul 12 naik ke pejabat bila cikgu panggil. Tapi aku tak bagi, sebab aku kesiankan dia. Dia dah banyak sangat tolong aku. Wuuuu maceh Hanis. Dia selalu ada untuk aku bila cikgu tekan tekan aku buatvitu buat ini. And aku rasa bersalah. Dia selalu jadi tempat aku luahkan rasa marah aku bila aku stress. Dia selalu kena marah dengan aku. Tapi dia tahan je perangai aku. Walaupun mulut dia boleh tahan panas mendidih, tapi dia sangat sangat caring and baik. Kalau ada award untuk penolong terbaik kompeni, dialah pemenangnya. Maceh Hanis atas segalanya. Now,yang komoeni delta tu, wirawati, gi cakap thank you dekat dia cepat!


Sesungguh tak dilupa Pak Lu dan Mak Lu. Ketua yang terbaik. Jalankan tugas dengan penuh dedikasi. Sebab tugas diorang ni lebih mencabar dari kitorang. Papehal, dia yang tanggung. Maceh sebab jaga kitorang dengan baik. Tunjukkan contoh kepimpinan yang baik kepada aku. Maceh sebab boleh layang kerenah aku time melapor. Hehehehehehe. Maceh angat angat. Muahhh ciked.

Papepun, satu penghargaan yang besar untuk ketua dorm dan ketua dobi. Tanpa hangpa semua, siapalah kami. Korang dah mainkan satu peranan yang besar untuk kitorang. Thank you. Muahh ciked.

Tugas pemegang pangkat bukan senang beb. Banyak kerja. Kami pegang pangkat umpama kami jaga nyawa lah kena make sure korang okay. Beban dia bukan cenonet je tau. Bangsat cene sekali pun perangai aku and pemegang pangkat yang lain, at least, hargai lah sikit walaupun satu percent. Kena maki, kena denda, kena maki balik semua demi nak back up anak buah. Semua yang kitorang lakukan demi kompeni kitorang. Nanti aku cerita kat korang siapa yang banyak mendidik aku untuk menjadi ketua yang terbaik untuk kompeni aku yang aku cayang angat angat.

Bersambung...

Tuesday, March 24, 2015

PLKN : Jadual kucar kacir

Assalamulaikum.

Meh kita sambung lagi hehehe. Tapi, sebelum aku kenalkan sorang demi sorang, aku eksplen kat korang jadual harian aku. Okay?

Macam biasa. Aku dikejutkan seawal 5 pagi. Sebab memang kena bangun pukul 5 pun. Waktu dua minggu pertama, aku and Hanis antara yang paling awal bangun. 4/4.30 pagi dah terpacak beb. Samada aku bangun kejut Hanis, atau Hanis bangun kejut aku. Sebab bangun awal, aku nak basuh baju, pastu mandi, pastu boleh tidur balik! Hehehe. Tapi, dua minggu pertama je. Lepastu, aktiviti makin lama makin memenatkan, banyak pakai tenaga, so aku bangun lewat. HAHAHAHAHAHA. Aku bangun pukul 5.30/5.40 bergantung cara Hanis kejutkan aku. Hahahahaha. Gila kau. Dahlah 6 pagi kena gi surau. Tapi, aku bukannya mandi lama pun.
So, tak jadi masalah sangat. Hahaha. Cuma nak nak balik tu je aku bangun pukul 5 mengikut arahan pengawal malam. But still, makan masa nak amek mood pepagi untuk mandi. Aku lebih suka Hanis kejut sebab dia kejut dengan penuh kasih sayang. "Raja bangun Raja. Dah pukul 5.15/5.30" padahal awal lagi. "Delta bangun", kalau hanis kejut satu dorm. Aku kalau kejutkan orang, aku gi katil sorang demi sorang. Orang pertama aku kejutkan, awek aku. Fiqah. Sebab stail aku bangun, kalau Hanis tak bangun, aku TAKKAN bangun. Cuba kalau pengawal malam kejut (kalau kompeni selain Delta), takda belas kasihan langsung. Dah lah katil aku sebelah pintu. Pastu diorang main terjah je pastu ketuk pintu. Kalau boleh diorang nak cabut pintu buat main gendang lah untuk kejut orang. Tak cukup dengan tu, diorang cakap kuat kuat suruh bangun. Goyang kaki aku banyak kali. Pastu tutup kipas. Ehh natey sungguh. The best past pulak, sebelah dorm kitorang, dorm kompeni Charile. Rasanya dorm 2 kut. Punyalah payah diorang ni nak tidur. Pastu bangun bangun pepagi buta nyanyi happy birthday. Lagi kitorang menyirap. Memalam kul 12 pun diorang boleh bantai nyanyi happy birthday. Yelah Charlie, setiap hari birthday awak hokayz. Hahaha. Tapi, seronok kengkadang buat aku yang susah nak bangun ni. Dorang memekak je dah boleh buat aku bangun. Heheheh good job Charlie. Delta gak baik kalau jadi pengawal malam. Dorang tahu aku susah bangun, jadi diorang kejut aku dengan penuh lembut. Hahaha. Paling takleh belah, time Pui Shan kejut aku. Dia kejut aku, bila aku bukak mata je, dia buat muka comel. So cute! Pastu baru aku bangun. Hahahaha.

Pastu, Isnin sampai Jumaat, kena ada kat padang kawad tepat 6.30. Kira kena gerak dari surau ke padang kawad tu 10/15 minit awal. Seksa weh terkejor kejor. Papehal sekalipun, kemana sahaja kitorang pergi, mesti dalam skuad dan WAJIB BERKAWAD. Pagi petang siang malam. WAJIB DALAM SKUAD DAN BERKAWAD. Pepagi je dah berpeluh. Tapi takpe, sebab pepagi best gila namatey. Time ni kitorang ada PT(Physical Training) pagi. Kira cam eksesais ah. Bila jurulatih kena handle kompeni memasing, lebih lagi Pak Mus yang handle. Fuhhh. Fuhh. Fuhh. Tak mampu nak describe. Yang merasa je faham seksaan dia. Aktiviti PT pagi, sampai pukul 7.30 pagi. Pastu breakfast. Breakfast yang paling sedap, kuey tiaw dia! Itu je aku makan banyak. Yang lain, biasanya aku jarang amek breakfast. Sebab tak sedap. Hahaha. Tekak takleh terima hahaha. So aku balik dorm, makan stok makanan aku jelah. Pastu kena get ready pakai baju kelas. 8.30 pagi tepat kena ada kat padang kawad. Cam biasa, kena gerak 10/15 minit awal. And kitorang bukan kena gerak lenggang. Mesti dalam skuad dan harus berkawad sambil memakai kasut kelas yang bertumit :') Kalau lambat kena DENDA. SIAPA YANG KENA? KETUA DAN PENOLONG KOMPENI JE :') okay. Yang denda, aku nak simpan dulu cerita dia. Takbest cerita sekarang. Pum pang pum pang. Pukul 9.00 pagi dah ada dalam kelas. So, kelas pun bermula dari 9.00pagi sampai 12.30 tengahari. Kelas sangat best okay. Sebab bukan kelas kat sekolah yang kena belajar addmaths, physics, biology, chemistry etc. Kelas kitoang panggil modul. Ada banyak modul. Hahaha. Yang paling best, modul kenegaraan. Sebab kitorang buat pilihan raya sebijik macam the real one. Best namatey. Banyak lagi modul yang best. Taknak cerita modul apa, sebab mana tahu korang terpilih utk sertai PLKN kan?

Weh, nak cerita semua aktiviti kat sana cam banyak jeeeeee. Aku ringkaskan eh.

10.30- minum pagi then sambung balik kelas
12.30pm-Lunch
1.00pm- get ready utk solat zuhur jemaah kat surau. (Tapi kitorang selalu tidur dulu. 1.30 baru turun surau hahaha)
2.30pm- aktiviti petang. Macam masuk hutan. Belajar benda penting cam navigation, peta, ikthiar hidup etc.
4.30pm- Minum petang and get ready utk solat asar.
5.30pm- kumpul kat dewan makan utk riadah.
6.30pm-makan malam
7.15pm-9.00/10.30pm -duduk surau. Kuliyah @ kelas agama.
10.40pm- minum malam
11.00pm- Roll Call malam ( kena kumpul cam biasa kat padang kawad utk kira strenght. Wajib dilakukan setiap kali kena kumpul PAGI PETANG SIANG MALAM)
11.30pm- Offlights @ tidur lah der.

So, itu secara ringkas aku punya jadual harian. Setiap jadual tu, ada je peristiwa. Mostly kena denda. Aku penat dah ni sebenarnya  kita sambung nanti yaaaa!

Bersambung....

Monday, March 23, 2015

PLKN : Detik dilantik.

Assalamulaikum.

Okay. Mood dah ada. Bukan senang nak ada mood untuk update. So, kita sambung cerita semalam ya.

Lepas dah tahu mana katil aku, aku usha sekeliling. Yelah mana tahu ada yang aku kenal. Tapi soang pun aku tak kenal hahahaha. Pastu aku usha je dua minah ni. "Cam sombong pun ya gak" "ni stok stok gengster ni" . dan minah tersebut adalah Zulaiha dan Hanis. Nampak tak belum kenal, dah bagi feedback yang tak elok. Hahaha. Pastu aku dah pening, cene nak cari kawan. Yang lain aku tengok elok je duk terkekek ketawa. Tetiba keajaiban telah berlaku...

"Awak Raja eh?"
Waktu ni rasa cam femes jap. Aku tak kenal orang, orang kenal aku.
"Haah, kenapa?"
"Oh. Awak kawan Fasha ke?"
"Haah. Mana awak tahu?"
"Ouh. Saya satu bas dengan Fasha. Dia kata, dia kawan awak".
"Okay. Awak siapa?"
"Saya Afiqah."

Booom! Dari situ persahabatan aku dah bermula. Wahhh. Takdalah teruk nau aku ni. Ada lah gak aura yang membuatkan orang nak kawan dengan aku. So, aku pun mula berkawan dengan si cantik manis sorang ni, Fiqah. Awkward gila weh. Dia ber"saya-awak" dengan aku. Aku pun bantai jelah. Asal dia faham. Hahaha. Dah settle pe semua, nak gi amek saiz, amek stok pakaian. Tension betul. Dahlah hujan. Dah amek saiz pe semua, nak amek baju boleh pulak stok dah habis. Minawer betul.

Malam tu, aku diperkenalkan dengan aktiviti malam iaitu roll call. Memula aku tak faham cikgu sebut apa. Sebab dengar macam rokok pun ya gak, rokol pun ya gak. Rupanya ROLL CALL. Perbarisan malam untuk kira junlah pelatih. Time ni lah. Detik detik aku menjalankan tugas.

Seorang jurulatih datang tanya kat kompeni aku siapa ada pengalaman handle perbarisan, or ada experience dalam kawad or yang berkaitan. So aku pun angkat tangan tapi separuh. Haaa memalu kucing kateko. Cikgu tak nampak aku pun lega sebab malu. Pastu time tu, mirah keluar. Tapi sayangnya, sebab suara dia tak kuat, cikgu tanya lagi siapa. Eh, tetiba ada orang cakap "angkat tangan tinggi sikit. Haaa cikgu, Raja". And kalau tak silap aku Hanis yang cakap. Sorry kalau salah hahahaha.

So, aku keluar dan cuba try test. Alhamdulillah. Rezeki aku. Aku dilantik menjadi Ketua Kompeni Wirawati Delta. Aku boleh terasa dah beban dia. Fuhh. Berat beb tanggungjawab dia.

Lepasni, aku sambung pasal siapa partner aku untuk bekerja. Dan aku kenal kan kat korang setiap kawan aku kat sana okay! InshaAllah..

Bersambung...

Sunday, March 22, 2015

PLKN

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, aku curi masa tidur semata nak kongsi pengalaman. Penat woi aku perah idea nak susun ayat kasi chantekkk punya. Okay, teruskan je eh.

Masa memula aku check online, and dapat tahu yang aku kena gi mereput kat PLKN, aku 50-50. Sedih gak. Happy pun ya gak. Bila tengok tempat yang aku dapat, lagilah 50-50. Ya Tuhan... Pahang weh. Abang aku dulu dapat area Selangor je. Yang aku kena campak jejauh. Pastu geng aku takda sorang pun dapat PLKN kecuali aku. HAHAHAHAHAHAHAHA. Ini sangat kelakar. Pastu, seminggu sebelum gi PLKN, aku dapat surat. Waktu tu tengah SPM pulak tu. Perghh. Perasaan dia waktu tu...

7 DECEMBER 2014
Tarikh keramat.
Hari aku bertolak. Ini lagi kelakar. Aku masuk bas, kengkonon nak cop tempat dulu sementara nak gerak, so aku letak bag galas aku. Pastu aku turun. Pastu aku masuk balik nak letak sweater aku, eh eh, ada bag sebelah tempat duduk aku. Aku dah happy sambil susun ayat. Kengkonon nanyi dah jumpa tuannya nak buat kawan ah kan. Pastu aku turun balik. Mesti korang pelik kenapa aku tak duduk dendiam je kat dalam bas. Hehehe siapa je nak duduk dalam bas yang dimatikan enjin. Macam sauna kau duduk dalam tu. Pastu, tiba masanya untuk bergerak. Lepas berpelukan dan bersalam-salaman dengan family aku, aku naik je bas, boleh pulak beg sebelah aku tu hilang. Dia gi duduk sebelah orang lain. MashaAllah, akulah orang paling sedih kau tahu. Memasing dah ada member. Aku sengsorang. Nampak tak aku tak reti buat kawan HAHAHAHAHAHA. Kat RnR, makan sengsorang. Solat sengsorang. Duduk dalam bas sengsorang. Memang forever alone ah. Sampai PLKN, lagilah forever alone. Daftar sengsorang. Masuk dorm sengsorang.

aku sampai je kat kem, "takleh nak besar lagi ke tempat seksaan ni" "nasib baik lawa tempat ni" "mohon jumpa jodoh kat sini HAHAHAHA" "jurulatih nampak cam baik je".

Pastu habis sesi mendaftar bagai (lama gila okay. Banyak benda. And haritu gak kena serah handphone), aku terus gerak kat dorm. Dengan beg baju aku, pastu hujan lebat. Dahlah dari dewan makan nak ke dorm tu boleh tahan jauh gak, nak taknak aku redah. Perghh. Seronok weh. Sendu dalam hujan. Kahkahkah. Masuk je dorm, bebudak yang sampai semalam (6 DECEMBER 2014) ,dorang tanya nombor badan aku. "2412" and diorang pun tunjuk katil aku. Fuhh. Bebetul sebelah pintu and dekat dengan charger. (Nak kasi gambar katil, aku dah delete pulak hahaha)


Bersambung....