Assalamualaikum.
Sorry sebab siapa yg dah baca. Ada masalah sikit. Ada yg hilang tetiba cam kena culik. Ayat hilang tetiba. Masalah betul lah. And sorry sebab tak sambung and banyak typo. Hahahahaha malas weh. Tapi aku gagahkan diri demi yang sudi baca. Hehehe maceh.
Okay. Aku nak kasi faham. Setiap kompeni akan dibahagikan kepada dua dorm. Dorm 1 & Dorm 2. Aku dorm 1. Weewittt. Member aku kat dorm 1 semua tahu aku paling anti, paling benci, paling segala paling ah dengan pengumuman "PERHATIAN KEPADA KETUA KETUA KOMPENI, SILA NAIK KE PEJABAT SEKARANG ULANG SUARA BLA BLA BLA". Stress betul. Pernah sekali tu, habis je roll call malam, aku dah siap pakai baji tidur dah siap landing atas katil ondewei nak masuk mimpi, pengumuman sebegitu dilakukan. Ya Tuhan. Tak memasal aku kena bangun, salin baju balik, naiklah ke pejabat tongah malam. Bukan sekali, 2 3 kali gak ah. Itu semua disebabkan bila SORANG JE yang salah lapor. Semua kena bantai naik. Sejak peristiwa tu (ayat cam sendu sangat), bebudak dorm aku pantang nampak aku landing, mesti diorang acah acah buat pengumuman. Mirah dengan Anis panjang ah paling suka. Takpe I redha okay. Lepastu kan, wahai wirawati delta dorm 1, hangpa semua ingat dok yg hari jumaat, semua sibuk cuci baju, kemas sana sini, pastu tidur KEJAP. Nak rest kejap katanya. Pastu baru turun surau. Ceh kengkonon pesan kat siapa yg ada jam loceng, suruh set jam, nanti nak bangun senang. Siap pesan siapa yang tak tidur, kejut kitorang. 1.20 kena kejut kitorang yang tidur ni. Non muslim pun kitorang pesan. Tapi kan........... SATU DORM BANTAI TIDUR SAMPAI PUKUL 2.00 PM. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Ya Tuhan. Teruk betul perangai. Itu pun kitorang tersedar, sebab ada budak dorm 2 datang kejut aku kata ustaz panggil semua wirawati muslim turun surau. Aku punya gelabah, kejut semua orang bangun.
Haaa pastu semua gelabah. Semua bantai solat kat dorm sebab takut nak solat kat surau hahahahahaha. Pastu semua turun serentak. Yelah. Takut punya pasal kan. Sampai surau semua cam tunduk je. RASA BERSALAH GILA NAMATEY. Rupa rupanya, ustaz cuma nak tegur pasal benda lain je weh. Kitorang punya lega phewwww. Ceh, lepastu masa buat aktivit pe semua, dorm 1 buat mesyuarat tingkap. Duk memkior macam mana semua orang boleh tidur serentak and terlajak bangun pulak tu. Memasing kata kitorang cam kena pukau. HAHAHAHAHA PUKAU MENDE WEH. Tapi serious aku cakap, sebelum tidur, dorm kitorang bising gila. Cam kat pasar malam. Serious bising sampai kena tegur dengan dorm lain. Tapi, tak sampai beberapa minit semua cam kena sampuk tidur serentak. Senyap je dorm kitorang. Hanya bunyi kipas.Adumak. Nasib tak kantoi. Hahahaha.
Itu cerita pasal solat. Lepastu memasing taubat. Sebab time tu budak ganu tak masuk lagi. Budak ganu masuk je, Alhamdulillah lah semua senang nak bangun. Turun surau pun awal. Aura kebaikan kateko. Hahahaha. Time banjir palinglah aku tak suka sebenarnya. Sebab terperap kat dorm seminggu tanpa melakukan sebarang aktiviti. Wira untunglah. Walaupun banjir, diorang ada gak tempat nak buat aktiviti. Yang wirawati? Makan tidur makan tidur makan tidur je. Semua tension je dengar wira bergumbira senang hati. Mestilah kitorang solat. Sebab sebelum banjir, kitorang dah buat persediaan. Cari arah kiblat dalam dorm semua. Haaaa yang ni sweet. Semua solat jemaah. Subuh, zohor, asar, maghrib dan isya'. Alhamdulillah. Paling kesian, time subuh sebab diorang tunggu aku bangun nak solat jemaah. Alhamdulillah, ada gak belajar jadi imam. Aku bangga dengan korang. Paling best lagi, bila dorm 1 and dorm 2 solat jemaah sekali. Kita buat solat solat sunat, pastu solat maghrib and isya'. Best. Pastu non muslim tengok je hahahahaha. Nak hilangkan bosan, kita semua pi bantai jogging sekeliling dorm. Tawaf lah dorm tu berapa pusingan. Mula dari situ lah ada yang belajar cara eksesais aku yang aku guna utk training hockey, pastu belajar dari farahin apa tah nama eksesais tu, pastu belajar menari 1M4U version fiqah, and the best part, time dapat phone kita semua duk bantai menari macam macam jenis tarian. Dari tradisional sampailah ke hip hop. Nak hilangkan bosan punya pasal. Pastu, duk lepak atas katil ika, ike, farahin dengan baal. Sebab diorang gabungkan katil diorang untuk buat kawasan solat. Pastu semua main tocang tocang rambut acah acah katniss everdeen kau. Curlaz kau jah. Paling konghajo jashi. Bila aku tocang rambut, dia main hujung rambut aku kata ikan keli. Konghajo gila okay hahahahahaha. Rasa nak pijak je tau.
Pastu, paling awal tidur, aku hahahahahaha. Dorm 1, ingat tak kita bantai main lompat tikus and macam macam lagi lepas solat. Main time malam hahahaha pastu kena marah dengan dorm charlie sebab bising. Ya Allah weh sumpah kelakar. Memasing main diam diam je lepastu. Well kita dengan budak charlie memang tak pernah sebulu kan. Time nak tidur, mesti gaduh dengan charlie dulu dekat tingkap. Anis ah selalu suruh diorang diam. Guna nama weng kei. Paling buat gaduh, bila malam new year. Punyalah memasing bantai memekak. Bila dengar je wira nyanyi lagu kompeni, delta dorm dua pulak ikut. Tengah tengah malam mau memekak pebenda. Tapi takpelah sebab diorang nyanyi kat dorm sendiri. Yang paling guwa menyirap, budak chinese charlie datang kat DORM AKU PASTU NYANYI LAGI LAGU KOMPENI DIORANG. PE JADAH DIA. memula aku keluar dulu, halau. Aku pantang orang kacau tidur aku. Pastu aku masuk dorm balik sebab ingatkan depa dah blah. RUPANYA TAK. DIORANG SAMBUNG NYANYI.HAHAHAHAHAHAHA :') aku punya menyirap aku gitahu cikgu tapi cikgu tak keluar :') pastu aku cakap lantak deme le korang dahlah memekak kat dorm aku, depan bilik cikgu, so kalau cikgu tak tahan korang kena lah satgi. Pastu,si group hindustan boleh pulak bantai nyanyi lagu PLKN weh. Semangat gila namatey. Tak faham aku. Time cikgu suruh, engkorang senyap je. Eyyy aku tey kang. Gamaknya hanis tak tahan dah, aku masuk balik dorm dia nak keluar dengan muka mamai sebab bengang. Gila weh siapa je tak bengang. Pastu aku tahan Hanis tak kasi keluar. Yelah kang tak pasal pasal ada kes gaduh pada malam new year. Eyyy. Pastu dia marah aku sebab tahan dia hahahahaha. Nasib baik sebelum Hanis keluar, Cikgu Nabilah keluar dulu. Haaaa semua kena dengan cikgu nabilah. Lepastu baru aku dapat tidur dengan aman. Hahahahaha.
Selain daripada tu, yg chinese semua pantang masuk dorm cerita pasal wira. Especially weng kei, ah chong dengan wai yee. Semua cerita pasal wira je. Yang kitorang ni layankan je. Aku pernah tanya kenapa semua minat wira melayu je. Kenapa tak minat wira chinese. Diorang kata tak hensem wira chinese weh HAHAHAHAHAHAH. Diorang kata melayu jugak hensem. Banyak comel. Hahaha. Sampai diorang kata diorang sanggup tunggu depan surau sebab nak jumpa diorang. Teruk betul hahahahaha. Pui Shan pun sama boleh tahan dia punya gatal. Kar Yan je diam hahahahahaha. Tapi chinese delta semua minat orang yang sama. Siap bergaduh siapa suka dulu. Hahahaha rindunyaaaa. Ingat tak PS kita nak pillow fight? Haaaaa sampai sekarang tak buat huhuhuhuhu. Paling kuat makan adalah Yugi dengan Lim. Time kat dewan makan, diorang boleh tambah weh. Nasi diorang amek sepenuh penuhnya aku yang takut nengoknya wehhh. Fiqah yang kuat makan pun terkejut. Shi menq, jun yan, hang li po selalu diri dekat dekat dengan aku. Dahlah semua tinggi aku pendek. Sedih tau tak huhuhuhu.
Bersambung....
No comments:
Post a Comment