Assalamulaikum.
Okay. Mood dah ada. Bukan senang nak ada mood untuk update. So, kita sambung cerita semalam ya.
Lepas dah tahu mana katil aku, aku usha sekeliling. Yelah mana tahu ada yang aku kenal. Tapi soang pun aku tak kenal hahahaha. Pastu aku usha je dua minah ni. "Cam sombong pun ya gak" "ni stok stok gengster ni" . dan minah tersebut adalah Zulaiha dan Hanis. Nampak tak belum kenal, dah bagi feedback yang tak elok. Hahaha. Pastu aku dah pening, cene nak cari kawan. Yang lain aku tengok elok je duk terkekek ketawa. Tetiba keajaiban telah berlaku...
"Awak Raja eh?"
Waktu ni rasa cam femes jap. Aku tak kenal orang, orang kenal aku.
"Haah, kenapa?"
"Oh. Awak kawan Fasha ke?"
"Haah. Mana awak tahu?"
"Ouh. Saya satu bas dengan Fasha. Dia kata, dia kawan awak".
"Okay. Awak siapa?"
"Saya Afiqah."
Booom! Dari situ persahabatan aku dah bermula. Wahhh. Takdalah teruk nau aku ni. Ada lah gak aura yang membuatkan orang nak kawan dengan aku. So, aku pun mula berkawan dengan si cantik manis sorang ni, Fiqah. Awkward gila weh. Dia ber"saya-awak" dengan aku. Aku pun bantai jelah. Asal dia faham. Hahaha. Dah settle pe semua, nak gi amek saiz, amek stok pakaian. Tension betul. Dahlah hujan. Dah amek saiz pe semua, nak amek baju boleh pulak stok dah habis. Minawer betul.
Malam tu, aku diperkenalkan dengan aktiviti malam iaitu roll call. Memula aku tak faham cikgu sebut apa. Sebab dengar macam rokok pun ya gak, rokol pun ya gak. Rupanya ROLL CALL. Perbarisan malam untuk kira junlah pelatih. Time ni lah. Detik detik aku menjalankan tugas.
Seorang jurulatih datang tanya kat kompeni aku siapa ada pengalaman handle perbarisan, or ada experience dalam kawad or yang berkaitan. So aku pun angkat tangan tapi separuh. Haaa memalu kucing kateko. Cikgu tak nampak aku pun lega sebab malu. Pastu time tu, mirah keluar. Tapi sayangnya, sebab suara dia tak kuat, cikgu tanya lagi siapa. Eh, tetiba ada orang cakap "angkat tangan tinggi sikit. Haaa cikgu, Raja". And kalau tak silap aku Hanis yang cakap. Sorry kalau salah hahahaha.
So, aku keluar dan cuba try test. Alhamdulillah. Rezeki aku. Aku dilantik menjadi Ketua Kompeni Wirawati Delta. Aku boleh terasa dah beban dia. Fuhh. Berat beb tanggungjawab dia.
Lepasni, aku sambung pasal siapa partner aku untuk bekerja. Dan aku kenal kan kat korang setiap kawan aku kat sana okay! InshaAllah..
Bersambung...
No comments:
Post a Comment