Assalamulaikum.
Meh kita sambung lagi hehehe. Tapi, sebelum aku kenalkan sorang demi sorang, aku eksplen kat korang jadual harian aku. Okay?
Macam biasa. Aku dikejutkan seawal 5 pagi. Sebab memang kena bangun pukul 5 pun. Waktu dua minggu pertama, aku and Hanis antara yang paling awal bangun. 4/4.30 pagi dah terpacak beb. Samada aku bangun kejut Hanis, atau Hanis bangun kejut aku. Sebab bangun awal, aku nak basuh baju, pastu mandi, pastu boleh tidur balik! Hehehe. Tapi, dua minggu pertama je. Lepastu, aktiviti makin lama makin memenatkan, banyak pakai tenaga, so aku bangun lewat. HAHAHAHAHAHA. Aku bangun pukul 5.30/5.40 bergantung cara Hanis kejutkan aku. Hahahahaha. Gila kau. Dahlah 6 pagi kena gi surau. Tapi, aku bukannya mandi lama pun.
So, tak jadi masalah sangat. Hahaha. Cuma nak nak balik tu je aku bangun pukul 5 mengikut arahan pengawal malam. But still, makan masa nak amek mood pepagi untuk mandi. Aku lebih suka Hanis kejut sebab dia kejut dengan penuh kasih sayang. "Raja bangun Raja. Dah pukul 5.15/5.30" padahal awal lagi. "Delta bangun", kalau hanis kejut satu dorm. Aku kalau kejutkan orang, aku gi katil sorang demi sorang. Orang pertama aku kejutkan, awek aku. Fiqah. Sebab stail aku bangun, kalau Hanis tak bangun, aku TAKKAN bangun. Cuba kalau pengawal malam kejut (kalau kompeni selain Delta), takda belas kasihan langsung. Dah lah katil aku sebelah pintu. Pastu diorang main terjah je pastu ketuk pintu. Kalau boleh diorang nak cabut pintu buat main gendang lah untuk kejut orang. Tak cukup dengan tu, diorang cakap kuat kuat suruh bangun. Goyang kaki aku banyak kali. Pastu tutup kipas. Ehh natey sungguh. The best past pulak, sebelah dorm kitorang, dorm kompeni Charile. Rasanya dorm 2 kut. Punyalah payah diorang ni nak tidur. Pastu bangun bangun pepagi buta nyanyi happy birthday. Lagi kitorang menyirap. Memalam kul 12 pun diorang boleh bantai nyanyi happy birthday. Yelah Charlie, setiap hari birthday awak hokayz. Hahaha. Tapi, seronok kengkadang buat aku yang susah nak bangun ni. Dorang memekak je dah boleh buat aku bangun. Heheheh good job Charlie. Delta gak baik kalau jadi pengawal malam. Dorang tahu aku susah bangun, jadi diorang kejut aku dengan penuh lembut. Hahaha. Paling takleh belah, time Pui Shan kejut aku. Dia kejut aku, bila aku bukak mata je, dia buat muka comel. So cute! Pastu baru aku bangun. Hahahaha.
Pastu, Isnin sampai Jumaat, kena ada kat padang kawad tepat 6.30. Kira kena gerak dari surau ke padang kawad tu 10/15 minit awal. Seksa weh terkejor kejor. Papehal sekalipun, kemana sahaja kitorang pergi, mesti dalam skuad dan WAJIB BERKAWAD. Pagi petang siang malam. WAJIB DALAM SKUAD DAN BERKAWAD. Pepagi je dah berpeluh. Tapi takpe, sebab pepagi best gila namatey. Time ni kitorang ada PT(Physical Training) pagi. Kira cam eksesais ah. Bila jurulatih kena handle kompeni memasing, lebih lagi Pak Mus yang handle. Fuhhh. Fuhh. Fuhh. Tak mampu nak describe. Yang merasa je faham seksaan dia. Aktiviti PT pagi, sampai pukul 7.30 pagi. Pastu breakfast. Breakfast yang paling sedap, kuey tiaw dia! Itu je aku makan banyak. Yang lain, biasanya aku jarang amek breakfast. Sebab tak sedap. Hahaha. Tekak takleh terima hahaha. So aku balik dorm, makan stok makanan aku jelah. Pastu kena get ready pakai baju kelas. 8.30 pagi tepat kena ada kat padang kawad. Cam biasa, kena gerak 10/15 minit awal. And kitorang bukan kena gerak lenggang. Mesti dalam skuad dan harus berkawad sambil memakai kasut kelas yang bertumit :') Kalau lambat kena DENDA. SIAPA YANG KENA? KETUA DAN PENOLONG KOMPENI JE :') okay. Yang denda, aku nak simpan dulu cerita dia. Takbest cerita sekarang. Pum pang pum pang. Pukul 9.00 pagi dah ada dalam kelas. So, kelas pun bermula dari 9.00pagi sampai 12.30 tengahari. Kelas sangat best okay. Sebab bukan kelas kat sekolah yang kena belajar addmaths, physics, biology, chemistry etc. Kelas kitoang panggil modul. Ada banyak modul. Hahaha. Yang paling best, modul kenegaraan. Sebab kitorang buat pilihan raya sebijik macam the real one. Best namatey. Banyak lagi modul yang best. Taknak cerita modul apa, sebab mana tahu korang terpilih utk sertai PLKN kan?
Weh, nak cerita semua aktiviti kat sana cam banyak jeeeeee. Aku ringkaskan eh.
10.30- minum pagi then sambung balik kelas
12.30pm-Lunch
1.00pm- get ready utk solat zuhur jemaah kat surau. (Tapi kitorang selalu tidur dulu. 1.30 baru turun surau hahaha)
2.30pm- aktiviti petang. Macam masuk hutan. Belajar benda penting cam navigation, peta, ikthiar hidup etc.
4.30pm- Minum petang and get ready utk solat asar.
5.30pm- kumpul kat dewan makan utk riadah.
6.30pm-makan malam
7.15pm-9.00/10.30pm -duduk surau. Kuliyah @ kelas agama.
10.40pm- minum malam
11.00pm- Roll Call malam ( kena kumpul cam biasa kat padang kawad utk kira strenght. Wajib dilakukan setiap kali kena kumpul PAGI PETANG SIANG MALAM)
11.30pm- Offlights @ tidur lah der.
So, itu secara ringkas aku punya jadual harian. Setiap jadual tu, ada je peristiwa. Mostly kena denda. Aku penat dah ni sebenarnya kita sambung nanti yaaaa!
Bersambung....
No comments:
Post a Comment