Sorry. Sepatutnya semalam aku sambung. Tapi tak boleh. Sebab terikat dengan janji terhadap diri aku untuk habiskan 2 buah novel. Pastu ingatkan nak sambung story kat sini malam tadi tapi takleh gak. Sebab lepas baca novel tersebut, aku alami satu rasa yang agak ekstrem bagi aku. Rasa kekosongan. Terlalu kuat rasa tu and aku tak tahan lalu aku memilih untuk tidur awal and lari dari rasa tu. Wahhhh. Sendu sangat ayat aku kan. Tapi, hakikatnya itu yang aku rasa.
Okay. Kita takyah sok seh sok seh sangat pasal semalam, kita sambung menyelami kisah aku di PLKN yang haru biru hitam pink oren hijau kelabu dan segala warna yang kau nak. Den tak kisah.
Sepanjang aku jadi ketua kompeni, banyak gak ah benda aku kena hadap. Nak taknak aku kena hadap gak. So, siapa yang banyak ajar aku untuk menjadi ketua yang terbaik buat kompeni aku? Selain daripada jurulatih yang banyak memberi tunjuk ajar kepada aku, ada lagi satu kelompok yang banyak berjasa kepada aku. Siapa kelompok tersebut?
WIRAWATI DELTA.
Ya. Mereka. Jap, asal ayat aku cam formal eh? Kita abaikan reramai ya. Kalau nak tahu, diorang sebenarnya banyak ajar aku. Dalam pelbagai perkara termasuklah cara nak buat milo leper atau cekelat milo atau yang segerombolan dengannya (aku tak tahu apa namanya sebenarnyaaaa hahahahaha so abaikan je eh).
First, diorang ajar aku cene nak handle pe'el memasing. Ni mencabar sikit sebab aku bukan seorang yang penyabar. Wakakakaka. Diorang ni memacam jenis perangai. Ada yang gila gila, ada yang selamba, ada yang pendiam tapi ganas, ada yang cepat tacing(akulah tu), ada yang sensitive gila namatey(aku gak tu), ada yang kelakor, ada yang jenis tak reti nak serious, ada yang jenis acah acah gengster, ada yang baik namatey, ada yang dopuloh pat jam muka masam ketat mencuka rasa nak tampor, and macam macam lagi kerenah. And dari kerenah diorang, aku mula belajar untuk handle sorang demi sorang. Walaupun sakit hati, tapi kejap je rasa sakit tu bila memasing duduk semeja bersembang bergelak ketawa tak ingat dunia.
Kedua. Haaa elok benau memula first, then kedua. Cuba hangpa semua try mengira guna bahasa manglish. Eeee. Cam kelako but at the same time cam nak sepak je pun ada gak en. Balik kepada tujuan asal, diorang ajar aku untuk respek memasing. Yang ni satu benda yang paling penting andai satu hari nanti kau dilantik menjadi ketua. Sebab aku ada satu masalah dari segi ego. Ego aku tinggi melangit sampai lupa sebenarnya aku berpijak pada tanah. Jadi, mereka telah berjaya merendahkan ego aku sikit demi sikit untuk kebaikan bersama dan saling respek merespek antara satu sama lain. dan kepada calon spm, jangan tiru ayat aku kalau taknak fail exam BM. Sekian. Tapi, kalau kau nak fail, sila guna dan jangan gunakan alasan kejayaan bermula dari sebuah kegagalan. Tu nak kena pijak namanya. Berbalik semula ke tujuan asal, ada satu kejadian yang berlaku di Dorm 2. Sorang demi sorang datang mengadu kat aku masalahnya. And had sabar aku dah sampai klimaks. So, time lunch tak silap aku, aku gi meja makan dorm 2, duduk makan sekali sambil menyorok(sebab cikgu marah kalau aku tak duduk tempat makan yang dikhaskan untuk pemegang pangkat and aku dah banyak kali kena marah HAHAHAHA), and aku dengar luahan hati mereka. Yelah. Tak aci ah kalau dengar satu pihak je ye dok? Baru lah fair and lovely giteww. So, diorang sok seh sok seh, and tetiba ada hamba Allah ni buat aku tersedar. Dia cakap kat aku ceni "CAMNILAH RAJA. KAU CAKAP KAT EHEM, SEBAGAI KETUA, KALAU NAK ANAK BUAH RESPEK DIA, DIA MESTI RESPEK DULU KITORANG. KAU PUN SAMA RAJA. KITA RESPEK ORANG, ORANG RESPEK KITA. KALAU KAU NAK KITORANG RESPEK KAU, KAU PUN KENA RESPEK KITORANG". Bang! Dia cakap, aku tersentap. Yes. Aku setuju apa yang dia cakap. Kita nak orang hormat kita, tapi kita tanya diri kita balik, adakah kita hormat orang sekeliling kita? Tepuk dada tanya iman.
Third, diorang ajar aku untuk terima. Bukan terima cinta diorang yang tak kesampaian atau terima kasih, tapi untuk terima teguran. Sebab aku ni jenis yang sangat sukar untuk terima teguran. SANGAT SUKAR. Memula aku takleh terima bila orang tegur salah aku, tapi lelama, aku mula belajar untuk terima sebab tu semua untuk kebaikan aku gak. Ehehe. Korang jangan salah faham tau bila korang tegur aku punya salah aku buat muka. Sebab sebenarnya, aku terima teguran korang tu. Aku jadikan sebagai rujukan aku. Aku buat muka tu sebab saja cam nak tunjuk aku tak suka. Sebab hmmm ego aku kan tinggi hehehehe. So aku terima dengan hati yang terbuka dan selapang dada.
Empat, diorang ajar aku untuk hargai. Maknanya, diorang membuatkan aku untuk menghargai segala detik yang berlalu bersama dengan kompeni aku sendiri. Maknanya, bila aku lepak dengan diorang, buatkan aku lebih menyayangi diorang dengan sepenuhnya tanpa mengira beza aku dan mereka. Aku hargai setiap tangis dan gelak ketawa kita. Tu paling penting dalam mendidik aku untuk menjadi ketua diorang.
Lastly, diorang ajar aku untuk menjadi pemimpin. Aku banyak sangat belajar dari diorang. Diorang ajar aku cukup dari sikap diorang, dari personaliti diorang. Diorang ajar aku macam mana nak pimpin kompeni aku untuk jadi yang terbaik bukan antara kompeni, tapi cukup sekadar di hati sendiri dan kepuasan diri. Sama sama menyambut andai ada yang terjatuh, sama sama bersorak andai ada yang gembira. Beza agama, bangsa dan jantina bukan alasannya. Yang penting sama rasa kasih dan rasa cinta. Diorang yang banyak didik aku. Terlalu banyak. Kalau tak, aku awal awal dah mengaku kalah. Diorang sokong aku tika aku jatuh. Diorang bersorak tika aku gembira. Diorang bagi kerjasama yang tiada batasannya. Dan aku sangat berbangga mempunyai mereka. SANGAT BANGGA.
Malah, bukan sahaja wirawati Delta. Tetapi keseluruhan Kompeni Delta. Wira dan wirawati. Terlalu banyak yang diorang lakukakan tanpa sedari yang banyak bimbing aku. Tanpa mereka, siapalah. Wahhh. Cliche sangat ayat. Aku dah faham rasa membuak buak korang nak hentak aku hahahahahahahahaha.
Aku rasa bersalah sangat sangat sebab tak sempat mohon maaf atas segala kesalahan aku kat kem. Especially, wirawati Delta. Jadi, biar pembaca blog aku ni jadi saksi okay.
Aku Raja Lailatul, bernombor badan 2412, mantan ketua kompeni wirawati Delta, ingin memohon maaf atas segala kesalahan aku kat korang selama ni. Aku minta maaf sebab aku marah marah korang. Mengamuk dengan korang. Tegur korang. Sakitkan hati korang. Aku tahu aku gagal jalankan tugas aku sebagai ketua dengan baik. Maafkan aku sebab kurang bagi perhatian kat korang. Aku tahu, aku bukan ketua yang terbaik buat korang. Aku tahu aku selalu serious. Ye ke? Aku minta maaf sebab aku terlalu nak korang sempurna. Aku minta maaf sebab aku buat korang sedih dengan aku. Aku minta maaf sebab gagal untuk jadikan kompeni kita, kompeni terbaik keseluruhan. Maafkan aku atas segala perangai aku. Aku dah cuba yang terbaik dan beri yang terbaik. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku, terima kasib sebab sudi terima baik buruk aku. Terima kasih sebab sudi terima kekurangan aku dan percayakan aku. Terima kasih atas segala kenangan dan tunjuk ajar yang korang beri tanpa korang sedari. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih.
![]() |
Jadi, kepada pembaca sekalian, kalau nak kenal siapa ahli kompeni delta yang ohsem namatey, sila cari hashtag #DELTAIP2015 / #deltaip2015 hehehe sama je kan. |
![]() |
Wira dan wirawati kompeni delta. Aku takda sebab aku yang tangkapkan gambar |
Fuhh. Syahdu habis ayat aku *lap air mata*. Terima kasih kepada kompeni Delta sebab mengizinkan dan memberi ruang kepada aku untuk menjalankan tugas. Terima kasih atas segala memori dan tunjuk ajar yang korang beri tanpa korang sedari. Seikhlas kasih, setulus hati, serendah ego diri, aku memohon kemaafan. Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari aku sendiri.
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment