Trollface / Problem? / Coolface  - Rage Face Comics

Monday, May 11, 2015

PLKN : Geng Surau

Assalamualaikum.

Ketemu lagi ya kita semua. udoh udoh ler duk meratapi nasib tak dapat upu. memanglah melibatkan masa depan, tapi fikir balik kat mana silapnya? ada hikmah disebalik tu semua. yang mana apply politeknik konvesional atau yang seangkatan dengannya, tunggu le 18 mei ni nanti. semoga berjaya lah eh? rajinkan diri buat solat sunat dhuha mohon diperluaskan rezeki.

okay. straight to the point, aku nak sambung cerita pasal kat plkn. kali ni pasal geng surau lak, comel tau namanya. geng surau. entah kenapa ntah aku rasa geng surau tu satu panggilan yang sangat comel. hahahahaha. and aku salah sorang dari geng tersebut. buat muka blur ah tu tak faham? ingat comel?

secara ringkasnya, geng surau ni............................................................................. aku pun tak tahu nak cakap cane. dalam geng surau ni ada ustaz dan ustazah dalam kalangan pelatih iaitu kitorang yang dilantik oleh ustaz di kem tersebut. KAN! TAK CAYA KAN AKU JADI USTAZAH KAN! KELAKAR SANGAT! paling sedih bila aku gitahu member aku, dorang tak percaya kan aku................................ jahat sangat ke aku? hahaha taklah. sebab dari cara aku mejadi diri aku, tak membuatkan member aku untuk percayakan aku. its not their fault pun.

sepanjang menjadi sebahagian daripada geng surau tu, banyak gak perubahan dalam diri aku. menjadikan aku lebih baik dari dulu. kalau dulu aku panas baran......................eh tak tak. tipu je.  manade aku panas baran. paling aku ingat sampai sekarang, ustaz syafiq kasi pesanan kat ustazah ustazah. dia kata, jangan sesekali rasa rendah diri atau rasa tak layak jadi ustazah. sekurang-kurangnya bila kitorang dah tamat latihan, bila lakukan kesalahan, kitorang kena ingat yang kitorang ni bekas ustazah kat kem. jadikan tu sebagai cara untuk kitorang untuk cuba mengelakkan diri dari sering melakukan dosa, itulah apa yang ustaz syafiq pesan kat kitorang. ofkos lah bukan sebijk macam tu ayat ustaz. tu cuma ringkasan aku berdasarkan apa yg ustaz pesan. macam macam beb kitorang buat. dan makin lama, ukhuwah yang terjalin bertambah erat. tak kira apa status, semua layan sama je.


tolong abaikan muka aku, baru lepas nangis. ni hari terakhir kitorang dekat kem.
sebelum balik. yang tu Ustaz Syafiq, ustaz di kem kitorang.

ruangan solat untuk pelatih wira

kuliah maghrib @ kelas agama dari maghrib sampai isya'
 cuba cari mana aku?
pelik kan kenapa tirai diangkat? hahaha. biasanya, selepas solat maghrib, kitorang ada kelas@kuliah, jadi tirai perlu dibuka, time time gini ah wirawati paling kelam kabut. sebab biasanya, selagi tirai belum dibuka selepas solat maghrib, ada sesetengah tu bantai tidur..................macam aku. tidur . dalam keadaan duduk dan sangat kelakar. bila ustaz syafiq cakap je "wirawati boleh bukak tirai" dia punya kelam kabut tu macam tsunami datang melanda dan kami mengambil masa 5 minit sebelum tirai dibuka. apabila tirai dibuka sahaja,wirawati kelihatan sungguh tenang seperti tiada apa yang berlaku. nampak tak hebatnya wirawati. eh, aku pernah kantoi tau sebab tertidur sambil duduk time ustaz tengah bagi kuliah,

ustazah-ustazah dari kompeni Alpha, Bravo & Charlie. eh, Delta mana?
time ni aku takda sebab sibuk uruskan kompeni untuk cari idea persembahan malam penutup.

sebahagian daripada geng ustaz. ehh, pak ulu pun ada lah.

ustaz dalam kalangan wira.

ustazah dalam kalangan wirawati. aku pun takda dalam gambar sebab sibuk dengan kompeni buat sementara waktu.
hikz, rasa bersalah pulak. sorry.
minggu keempat aku dekat kem, kem kitorang dilanda bajir. Alhamdulillah, takda kemalangan yang meragut nyawa pun. pihak kem sedaya upaya memastikan kitorang dalam keadaan selamat. Alhamdulillah, semua terjaga. seminggu weh wirawati terperuk dalam dorm. memandangkan dorm delta 2 paling boleh nampak suau, aku pun pi usha surau time banjir. satu je yang aku rasa. sebak yang teramat bila tengok surau dimasuki air. serious aku sebak. rasa sebak tu tak dapat aku gambarkan. nangis lah jugak aku tengok. kental kental jiwa aku pun, senang rabak jugak tau.

keadaan surau yang dinaiki air. sedih yang teramat.

keadaan ruangan solat wira selepas banjir surut,

tempat laluan bagi wirawati mendapat malu bila turun lewat ke surau. tu lah surau. 
dari laluan dewan makan nak ke dorm dan surau. 
macam macam yang aku dapat bila aku menjadi sebahagian dari geng surau. paling sendu bila petang sebelum malam penutup, aku dengan geng surau berlatih nasyid. nasyid yang menyetuh bab ukhuwah. bila kitorang peluk antara satu sama lain. time tu, tunggu masa je air mata nak mengalir. betapa aku dapat rasakan kemesraan yang terbina dan betapa aku sayang mereka *lap air mata* bila kitorang kongsi makanan kat surau atas ihsan daripada ustazh dari kompeni bravo, haaaa, lagilah seronok sangat. kongsi ilmu sesama. paling aku rindu, kita baca doa rabitah sesama. pastu, jumaat terakhir di kem, semua wirawati muslim turun berkumpul reramai kat surau. untuk pengetahuan, setiap hari jumaat, waktu zohor, wira solat di masjid di luar kem. so, ruangan solat wira di surau menjadi ruangan solat untuk wirawati hehehe. tazkirah jumaat haritu tiada sebab nak buat sesi berkongsi pengalaman dan bermaafan buat kali terakhir. aku ingat lagi, hari jumaat terakhir tu, aku turun lewat ke surau sebab aku basuh baju and TERtidur. bila masuk je surau, terkejut aku kemain ramai wirawati muslim duk pakat buat bulatan besar. aku jejak je kaki, semua duk seru nama aku. malu gila, dahlah zohor aku belum buat lagi. pastu terus aku lari ke ruangan wirawati nak solat. terkojot den. tak pernah ramai pun sebelum ni, tetiba ramai pulak haritu. Alhamdulillah. lepastu, semua ketua kompeni diminta beri ucapan. semua nak sendu. aku paling sendu ofkos. bila nampak je wira dah habis solat jumaat, kelam kabut semua bermaaf-maafan. berjuraian ayaq mata. 

betapa aku rindu tiap waktu dan ketika, takda satu pun terlerai dari ingatan. aku simpan kemas dan rapi. Syukran aku ucapkan kepada ustazah dari semua kompeni. sorrylah terpaksa berkawan dengan ustazah cam aku ni, gelak manjang. terima kasih jugak dekat Ustaz Syafiq yang terlalu banyak membimbing kami untuk menjadikan kami lebih baik. terima kasih kerana telah mempercayai kami dengan melantik kami sebagai ustazah. satu tugasan yang agak berat. terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan, terima kasih jugak di atas segala peingatan dan nasihat ustaz buat kami. hanya Allah sahaja dapat membalas. Semoga Allah sentiasa melindungi Ustaz sekeluarga.

dan kepada geng surau, terima kasih sangat di atas ukhuwah yang terjalin. siapa sangka, kita dapat menjalinkan persahabatan. terima kasih di atas tunjuk ajar dan teguran. semoga ikatan ini akan terus kekal terjalan hingga ke Jannah-Nya. insha'Allah. semoga kalian berada dibawah lindungan-Nya dan meraih kejayaan dunia dan akhirat. Allahumma ameen. aku minta maaf di atas segala kesilapan aku terhadap korang. mohon dimaafkan.

salam sayang,
bekas pelatih plkn, indera pahlawan, maran, pahang.

sebarang komen, cacian, soalan sila ke Ask.fm/AkmarAzua :)

bersambung......